Tentang



Biji Press merupakan sebuah syarikat penerbitan buku alternatif yang ditubuhkan pada Januari 2013 berpangkalan di Ampang, Kuala Lumpur. Bermula dengan borak-borak kosong tiga orang anak muda, mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja impian mereka untuk memiliki rumah penerbitan sendiri. 

Berkenaan nama syarikat, ia sebenarnya diambil daripada perkataan busy yang diasimilasikan dalam dialek Sabahan. Dengan memegang kata-kata, "Aku biji ni, banyak bisnis", kami memberi tumpuan kepada karya-karya anak muda yang bersifat steady dan bersahaja untuk ditransformkan ke dalam bentuk buku. 



Buku-buku terbitan BIJI Press secara mudahnya terbahagi kepada tiga kategori.

BIJI NOVELLA 

BIJI NOVELLA ini merupakan main target kepada pihak kami. Apa yang kalian perlu tahu ialah, kami tidak akan sesekali menerbitkan novel. Hanya novella sahaja. Kami sangat dahagakan manuskrip-manuskrip novella yang berani memaparkan kepelbagaian genre tidak kiralah cinta, komedi, thriller, action atau apa-apa sahaja asalkan ianya tidak menyerupai drama swasta. 

Jika berminat untuk menulis novella, berikut merupakan ciri-ciri penulisan yang kami cari. 

- 20,000 ke 40,000 patah perkataan.
- Apa-apa sahaja genre.
- Mempunyai jalan cerita yang tidak klise dan kalis mainstream.
- Memiliki gaya bahasa yang santai dan mudah dihadam. 

BIJI PUISI 

BIJI PUISI merupakan sub-project daripada BIJI Press. Kami akan menerbitkan buku himpunan puisi jika kami mahu. Jika kami tidak mahu terbitkan buku puisi, maka tidak akan terbitlah buku puisi. 

BIJI CERPEN

BIJI CERPEN juga merupakan sub-project daripada BIJI Press. Jika kami merasakan sudah tiba masanya untuk kami membuka projek antologi cerpen, maka kami akan buka peluang kepada penulis-penulis muda untuk mencuba nasib. Kebiasaannya, kami akan tetapkan satu tema dan penulis hendaklah menulis cerpen mengikut tema yang diberi. 

Teruskan menyokong kami! 

No comments:

Post a Comment