*ini bukan cover buku sebenar*
Tajuk : SEPULOH
Tema : Himpunan cerpen sepuluh penulis amatur. Tema cerpen adalah bebas.
Bilangan penulis yang diperlukan : 10
Penerbit : BIJI Press
MACAM MANA NAK JADI PENULIS? BEGINI CARANYA
Kalau anda berminat, anda hanya perlu tulis cerpen dan emailkan kepada kami di
bijipress@gmail.com
SYARAT-SYARAT CERPEN :
- Cerpen
8-9 muka surat (A4, Times New Roman, saiz 12, format.doc)
- Cerpen yang anda tulis haruslah mempunyai jalan cerita yang
tidak klise.
- Penulisan yang bersahaja, sempoi dan santai - itu lagi baik.
- Menjaga rapi segala nahu, tanda baca, ejaan mahupun perenggan dengan baik.
Bila dah konfiden dengan cerpen sendiri, email kepada kami dengan tajuk
CERPEN PROJEK SEPULOH
Kami akan menilai
cerpen anda dengan tenang. Kemudian, kami akan hubungi bagi mereka yang layak. Kalau kami tak hubungi anda, tolong jangan terjun KB Mall.
Kami bercadang untuk lancarkan buku ini, Februari 2013.
Jadi, sukacitanya ingin kami maklumkan bahawa DEADLINE PROJEK adalah pada
20 JANUARI 2013
***
BAGAIMANA PROJEK BUKU INI BERJALAN? BEGINI CERITANYA
Jika cerpen anda terpilih :
1) Anda perlu membayar RM100 kepada BIJI Press. Wang ini akan digunakan sebagai modal untuk kerja-kerja menerbit buku.
2) Selepas buku siap, kami akan beri anda 10 bijik buku untuk anda jual dengan harga RM20/sebijik. Kalau habis terjual, anda akan dapat RM200. Untung RM100.
3) Kalau nak suruh kami jualkan pun boleh. Tiada masalah.
4) Di samping keuntungan, nama anda juga akan mahsyur di bibir-bibir makwe mahupun pakwe kerana sudah ada buku sendiri. Yahooo!
Tugas kami :
1) Mengumpul dana sekurang-kurangnya RM1000 untuk kerja kerja menerbit buku.
2) Kami akan kumpul dan pilih manuskrip power. Kemudian, edit kemas-kemas.
3) Mendesign cover buku dengan design yang pasti memukau hati makwe makwe.
4) Mendapatkan ISBN untuk buku ini. Dengan adanya ISBN, buku ini akan dapat dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Seluruh dunia pun boleh.
5) Kami akan cetak 100 bijik buku dan agihkan kepada setiap penulis sorang sepuluh buku.
Kenapa kami tak mahu cetak buku ini banyak-banyak? Kenapa tak cetak 200 ke? 300 ke?
Ini projek pertama kami. Sebagai permulaan, eloklah 100 bijik dulu. Kalau dapat sambutan, kami akan bincang dengan serius bersama penulis untuk cetak lagi, okay!
AYUH MENCUBA NASIB !