Sunday 3 February 2013

SEPULOH


Syukur. Buku pertama terbitan kami berjudul SEPULOH telah pun berjaya kami terbit. Bagi mereka yang belum tahu, SEPULOH ini merupakan buku himpunan cerpen random daripada 10 orang penulis amatur. Memang takde tema pun yang pihak kami tetapkan. Penulis bebas untuk menghasilkan apa saja genre cerpen asalkan menarik. 

SINOPSIS BUKU

Tanpa menghiraukan caci maki jiran tetangga mahupun rakan sebaya, telah tampil sepuloh penulis yang datang entah dari mana, melacurkan cerpen masing masing. Dalam buku ini, para pembaca akan disajikan dengan pelbagai genre cerpen, dari cerpen bunuh-bunuh orang membawa pulak ke cerpen kelakar menggeletek hati. 

Dengan memegang kata kata, "setiap penulis ada cerita yang nak dicerita", maka terhasillah SEPULOH ini. Nak tahu penangan dia macam mana, bacalah. Jangan manja. 

PENULIS :

Syahirah Ismail
Ikmal Radzi
Ika Shukor
Aiman Nazirmuddin
Syafiq Cukang
Al Adib Firdaus
Faris 'Azim
Akmal Rashid
Ainuddin Khalid
Wassim Fairuz

1 comment: