Wednesday 6 February 2013

Projek Buku #NORMASIA


*ini bukan cover buku sebenar*

Tajuk : NORMASIA

Tema : Norma kehidupan manusia. Konsep buku ini tentang ragam atau rona-rona kehidupan manusia samada yang kita sedar atau yang tidak kita sedar. Baik ragam manusia yang jahat minta carut ataupun ragam manusia yang alim minta dibelai. Kami mahu cerpen yang mempunyai kelainan. Jadi, cuba reka jalan cerita yang menarik dan tidak mainstream. Berfikir diluar kotak!  

Bilangan penulis yang diperlukan : 15

Penerbit : BIJI Press


MACAM MANA NAK JADI PENULIS? BEGINI CARANYA


Kalau anda berminat, anda hanya perlu tulis cerpen dan emailkan kepada kami di bijipress@gmail.com


SYARAT-SYARAT CERPEN  :

- Cerpen sekitar 2500 patah perkataan atau lebih (A4, Times New Roman, saiz 12, format.doc)
- Cerpen yang anda tulis haruslah mempunyai jalan cerita yang tidak klise.
- Penulisan yang bersahaja, santai dan berani. Itu lah yang kami cari !
- Menjaga rapi segala nahu, tanda baca, ejaan mahupun perenggan dengan baik.

Bila dah konfiden dengan cerpen sendiri, email kepada kami dengan tajuk CERPEN PROJEK NORMASIA


Kami akan menilai cerpen anda dengan tenang. Kemudian, kami akan hubungi bagi mereka yang layak. Kalau kami tak hubungi anda, kami minta maaf awal awal.


Kami bercadang untuk lancarkan buku ini, sekitar MEI 2013.


Jadi, sukacitanya ingin kami maklumkan bahawa DEADLINE PROJEK adalah pada 1 APRIL 2013


***
BAGAIMANA PROJEK BUKU INI BERJALAN? BEGINI CERITANYA

Jika cerpen anda terpilih :

1) Anda perlu membayar RM100 kepada BIJI Press. Wang ini akan digunakan sebagai modal untuk kerja-kerja menerbit buku.
2) Selepas buku siap, kami akan beri anda 10 bijik buku untuk anda jual dengan harga RM20/sebijik. Kalau habis terjual, anda akan dapat RM200. Untung RM100. 
3) Kalau nak suruh kami jualkan pun boleh. Tiada masalah.
4) Di samping keuntungan, nama anda juga akan mahsyur di bibir-bibir makwe mahupun pakwe kerana sudah ada buku sendiri. Yahooo!

Tugas kami :

1) Mengumpul dana sekurang-kurangnya RM1500 untuk kerja kerja menerbit buku.
2) Kami akan kumpul dan pilih manuskrip power. Kemudian, edit kemas-kemas.
3) Mendesign cover buku dengan design yang pasti memukau hati makwe makwe. 
4) Mendapatkan ISBN untuk buku ini. Dengan adanya ISBN, buku ini akan dapat dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Seluruh dunia pun boleh. 
5) Kami akan cetak buku ini dan agihkan kepada setiap penulis sorang sepuluh buku.

AYUH MENCUBA NASIB !



No comments:

Post a Comment